Thursday, April 21, 2016
Bab 3: Rangkaian Komputer dan Komunikasi
Bab 3: Rangkaian Komputer dan Komunikasi
Bab 3 : Rangkaian Komputer
Objektif Pembelajaran
- Mendefinisikan rangkaian komputer
- Mendefinisikan komunikasi
Definisi rangkaian komputer
- Rangkaian komputer boleh ditakrifkan sebagai sekumpulan komputer, pencetak, pelayan dan lain-lain peranti yang boleh dihubungkan bersama dengan medium dan peranti komunikasi tertentu.
- Setiap peranti yang disambungkan ke rangkaian itu dikenali sebagai nod. Rangkaian boleh terdiri daripada berpuluh-puluh, beratus, beribu atau berjuta nod.
- Menerusi rangkaian komputer, maklumat dapat dipindahkan merentasi dunia dan sempadan melalui medium seperti kabel, gelombang radio, pancaran infra merah atau satelit.
- Ini membolehkan pengguna berkongsi data, maklumat, perkakasan dan perisian.
Definisi Komunikasi
- Komunikasi merupakan proses penghantaran data atau maklumat yang terdapat di dalam berbagai bentuk iaitu teks, imej, audio, isyarat, video, grafik dan lain-lain.
- Proses komunikasi ini boleh berlaku antara manusia dengan komputer, antara komputer dengan manusia, alat dan alat dan banyak lagi.
- Data atau maklumat yang di bawa dari penghantar ke penerima mesti melalui media komunikasi yang menjadi saluran untuk membawa mesej. Antara media komunikasi ialah talian telefon, gelombang mikro atau wayarles.
- Perkembangan teknologi komunikasi adalah berkaitan dengan penggunaan internet, web, tesedidang, telefon bimbit, komunikasi tanpa wayar, satelit, 3G, 4G dan banyak lagi.
Bab 2: Sistem Komputer
Bab 2: Sistem Komputer
Bab 2 : Sistem Komputer
Objektif Pembelajaran
- Mendefinisikan Sistem Komputer
- Menyatakan makna input, proses, output dan simpanan
Sistem Komputer
Sistem komputer merupakan peranti elektronik yang berupaya menerima data (input) menerusi peranti-peranti tertentu seperti keyboard oleh pengguna. Data akan diproses (proses) menjadi maklumat yang berguna oleh CPU menerusi perisian tertentu. Maklumat tersebut akan dipaparkan (output) menerusi peranti seperti monitor. Maklumat tersebut juga boleh disimpan (storan) untuk kegunaan pada masa akan datang.
Maksud Input, Proses, Output dan Storan
Input
Input adalah apa jua data atau bahan yang ditaip dan dimasukkan ke dalam komputer menerusi peranti input tertentu.
Output
Output adalah hasil daripada proses manipulasi data ke atas data yang dimasukkan oleh pengguna menerusi peranti input. Ia akan di papar atau kelihatan menerusi peranti output.
Proses
Komputer mempunyai unit melaksana arahan yang diberi dengan memproses data-data. Proses yang dilakukan adalah dengan menerima dan menyimpan data dari peranti input kemudian di proses mengikut arahan dan hasilnya dihantar kepada peranti output.
Storan
Storan adalah proses menyimpan data atau maklumat yang belum atau selesai diproses. Komputer menggunakan maklumat yang disimpan untuk melaksanakan adarah lain yang berkaitan.
Bab 1: ICT dan Masyarakat
Bab 1: ICT dan Masyarakat
Bab 1: ICT dan Masyarakat
Pengenalan kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Objektif Pembelajaran
- Mendefinisikan ICT
- Menerangkan evolusi komputer secara ringkas
- Menyenaraikan penggunaan ICT dalam kehidupan seharian
- Menyatakan perbezaan antara sistem berkomputer dan bukan berkomputer
- Menyatakan kesan ICT terhadap masyarakat
Definisi ICT secara keseluruhan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) adalah penggunaan komputer, peranti komunikasi dan perisian aplikasi untuk memproses, menyimpan, mencapai semula, melindungi dan menghantar maklumat dari mana-mana tempat pada bila-bila masa.
Definisi Maklumat
Maklumat merujuk kepada sebarang data-data yang telah dimanipulasi oleh komputer yang boleh disimpan, dikongsi dan boleh dicapai pada bila-bila masa dan dimana jua.
Definisi Komunikasi
Komunikasi adalah proses bertukar-tukar maklumat dengan menggunakan peranti dan perkhidmatan telekomunikasi seperti internet, e-mail, telesidang video dan telefon.
Sejarah Perkembangan Komputer
Terdapat lima generasi komputer dan setiap generasi mempunyai ciri-ciri tersendiri
- Generasi Pertama (1951-1958)
- Generasi Kedua (1959-1961)
- Generasi Ketiga (1965-1970)
- Generasi Keempat (1971-sekarang)
- Generasi Kelima
Penggunaan ICT dalam Kehidupan Seharian
- Pendidikan
- Perbankan
- Industri
- Perniagaan
Kesan ICT Terhadap Masyarakat
ICT mempunyai kesan positif dan negatif kepada masyarakat
Wednesday, April 20, 2016
Etika Komputer dan Isu - Isu Undang Undang
1.2 Etika Komputer dan Isu Undang undang
1.2.1 Definisi
1.2.1.1 Mendefinisikan Etika Komputer, Kod Etika, Harta Intelek, Kebersendirian, Jenayah Komputer dan Undang-Undang Siber
1.2.1.1 Mendefinisikan Etika Komputer, Kod Etika, Harta Intelek, Kebersendirian, Jenayah Komputer dan Undang-Undang Siber
1. Etika Komputer
Etika Komputer ialah sistem berkaitan seperangkat asas atau nilai yang digunakan sebagai panduan bagi pengguna komputer.
2. Kod Etika
Kod Etika ialah panduan bagi memastikan samada perlakuan seseorang individu dalam penggunaan komputer itu salah atau tidak.
3. Harta Intelek
Harta Intelek ialah ciptaan yang mempunyakhak esklusif oleh pencipta termasuklah hak cipta, cap dagang, paten dan hak-hak lain yang berkaitan.
4. Kebersendirian
Kebersendirian ialah hak individu dan syarikat untuk menafikan atau menghadkan pengumpulan dan penggunaan maklumat mengenai mereka.
5. Jenayah Komputer
Jenayah Komputer ialah perlakuan yang tidak baik dalam penggunaan komputer seperti mencuri, mengubah data dan sebagainya untuk tujuan tertentu.
6. Undang-Undang Siber
Undang-undang siber ialah undang-undang bagi melindungi kepentingan dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi antara rangkaian.
1.2.1.2 Membezakan diantara etika dengan undang-undang
Etika
1. Panduan untuk pengguna komputer
2. Bebas mengikuti atau tidak 3. Tiada hukuman dijatuhkan 4. Tidak mematahui digelar tidak bermoral 5.Untuk melahirkan pengguna komputer yang beretika |
Undang
1. Peraturan untuk pengguna komputer
2. Perlu mematuhi peraturan 3. Melanggar peraturan boleh dikenakan penalti, penjara dan lain-lain 4. Tidak mematuhi digelar penjenayah 5. Untuk mengelakkan pengguna menyalahgunakan komputer |
1.2.1.3 Menyatakan keperluan undang-undang harta intelek
1. Paten
Paten adalah hak eksklusif yang diberikan kepada sesuatu ciptaan supaya orang lain tidak boleh meniru atau mengekspolitasi ciptaan itu.
2. Tanda Perdagangan (trademark)
Tanda Perdagangan adalah simbol, perkataan atau identiti produk yang digunakan oleh sesebuat organisasi untuk membezakan barangannya dengan orang lain
3. Hak Cipta (Copyright)
Hak Cipta adalah hak eksklusif yang dilindungi undang-undang ke atas sesuatu hasil ciptaan atau idea seseorang pengarang (pencipta, pengubah dan lain-lain).
4. Reka Bentuk (Design)
Reka Bentuk adalah rupa bentuk luaran secara keseluruhan sesuatu barang atau produk.
1.2.2 Kebersendirian (privasi)
1.2.2.1 Menyenaraikan cara melindungi kebersendirian
1.2.2.1 Menyenaraikan cara melindungi kebersendirian
Kebersendirian (privasi) boleh diertikan sebagai......?
1. Privasi data atau maklumat yang menjadi hak milik seseorang.
2. Hak individu atau syarikat yang menafikan dan menghadkanpengumpulan dan penggunaan data mereka.
3. Supaya kehidupan peribadi tidak terdedah kepada pihak ketiga atau individu yang tidak bertanggungjawab.

Dua kaedah melindungi kebersendirian adalah......?
|
Undang-Undang Siber
1. Servis Keselamatan untuk memaparkan polisi keselamatan. 2. Pengurusan Keselamatan untuk mengawal sumber. 3. Mekanisma Keselamatan bagi mengimplementsi keperluan perkhimatan keselamatan. 4. Objek Keselamatan, entiti penting berkaitan persekitaran keselamatan. |
Perisian Utiliti
Example: 1. Perisian Antivirus 2. Perisian Spyware 3. Perisian Antispam |
1.2.2.2 Menyatakan kaedah/teknologi pembuktian dan pengesahan
Mengapakah perlunya kaedah/teknologi pembuktian dan pengesahan......?
1. Proses di mana pengguna akan mengesahkan identiti mereka dengan mempunyai pengaksesan ke atas sistem atau komputer.
2. Untuk keselamatan sistem dan hak pengguna daripada diceroboh atau digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
2. Untuk keselamatan sistem dan hak pengguna daripada diceroboh atau digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pengecaman dan Pengesahan
Pengecaman
1. Peranti Biometrik 2. Sistem Panggilan Semula |
Pengesahan
3. Pengenalan Pengguna 4. Objek Yang Dimiliki |
1. Peranti Biometrik
Pengecaman Cap Jari
Untuk mengelakkan jari palsu daripada digunakan, banyak sistem biometrik cap jari juga mengukur aliran darah.
Pengecaman Muka
Untuk menganalisis ciri-ciri imej muka individu yang dirakam melalui kamera video digital.
Pengecaman Geometri Tangan
Melibatkan pengukuran dan analisis bentuk tangan seseorang.
Pengecaman Iris
Ia analisis ciri-ciri yang wujud dalam tisuberwarna di sekeliling pupil yang mempunyai lebih daripada 200 tempat yang boleh digunakan untuk perbandingan.
Pengecaman Retina
Ia melibatkan imbasan retina dan analisis lapisan saluran darah di belakang mata.
Pengecaman Suara
Sistem pengecaman suara yangmembandingkan corak ucapan yang dirakamdengan corak suara mereka yang disimpan.
Pengecaman Tanda Tangan
Kesahihan tanda tangan ditentukan dengan tanda tangan yang dimasukkan dengan tanda tangan yang disimpan sebagai rujukan.
2. Sistem Panggilan Semula
Biasanya digunakan dalam operasi perbankan dan transaksi perniagaan.
Contoh: Untuk pemotongan bayaran insuran melalui kad kredit, pihak bank akan menelefon pengguna untuk membuat pengesahan pemotongan.
Contoh: Untuk pemotongan bayaran insuran melalui kad kredit, pihak bank akan menelefon pengguna untuk membuat pengesahan pemotongan.
3. Pengenalan Pengguna
Masukkan nama dan kata laluan untuk masuk ke dalam sistem dan sistem akan mengesahkan sama ada pengguna tersebut sah atau tidak.
4. Objek Yang Dimiliki
Menggunakan sesuatu objek yang dimiliki untuk membuat pengesahan.
Contoh: kad pengenalan
Contoh: kad pengenalan
1.2.3 Kandungan Kontrovesi dan Kawalan
1.2.3.1 Menyenaraikan kesan kandungan kontroversi kepada masyarakat:
1.2.3.1 Menyenaraikan kesan kandungan kontroversi kepada masyarakat:
- Pornografi
- Fitnah
Pornografi
Perlakuan jenayah dimana jenayahmengeksploitasikan wanita dan kanak-kanak, menjurus kepada perlakuan seksual dan menjatuhkan nilai moral terhadap lelaki dan wanita. |
· Fitnah
Perlakuan negatif dimana masyarakat menyebarkan khabar angin, membawa kepada pertelingkahan yang tidak perlu dan sebagainya. |
1.2.3.2 Menerangkan proses penapisan bagi mengawal capaian terhadap kandungan kontroversi
1. Proses penapisan adalah sesuatu proses dimana ia dijalankan dalam pelbagai perisian penapisan seperti penghalang kata kunci, penghalang tapakdan sistem ranting web.
2. Apabila pengguna menaip perkataan pada enjin carian, laman web, email dan sebagainya, perisian penghalang kata kunci akan memadamkan perkataan tersebut di dalam sistem dan jika berpadanan maka ia akanmenghalang pengguna daripada mengakses mesej e-mel atau laman atau menghalang bahagian yang berkenaan.
3. Apabila pengguna menaip alamat laman web, perisian penghalang tapak akan memadankan perkataan tersebut di dalam sistem dan jika berpadanan maka ia akan menghalang pengguna daripada mengakses laman web tersebut.
4. Sistem ini berfungsi melalui laman web dengan memberi nilai terhadapperkataan atau bahasa yang berunsur keterlaluan seperti keganasan, seksdan sebagainya yang digunakan oleh pengguna.

1.2.4 Jenayah Komputer
1.2.4.1 Menjelaskan keperluan Undang-Undang Siber
Undang-undang Siber menekankan pelbagai isu dalam ICT terutamanya pelbagai penggunaan di internet, komputer dan peralatan digital. Ia merangkumi harta intelektual, persendirian, kebebasan bersuara dan sebagainya.

1.2.4.2 Menjelaskan secara ringkas jenayah computer seperti:
1. Penipuan
Jenayah penipuan melalui computer dan biasanya bertujuan mendapatkan wang, membawa kerugian kepada mangsa dan keuntungan kepada pelaku. Contohnya, penipuan email, skim pelaburan, promosi jualan dan penipuan program.
2. Pelanggaran Hak Cipta
Jenayah yang melibatkan pelanggaran ke atas hak milik individu /syarikat yang dilindungi dibawah akta hak cipta. Melibatkan urusan jual beli yang membawa kerugian kepada pemilik hak cipta. Contohnya, cetak rompak.
3. Kecurian
Penggunaan tanpa kebenaran ke atas hak milik orang lain dengan tujuanmerosak, mengubah, menukar dan sebagainya. Contohnya, pemindahan wang ke akuan yang salah, mendapatkan barangan atas talian tanpa bayaran, memasuki talain penghantaran data secara tidak sah.
4. Serangan
Perbuatan menggangu peralatan komputer, mengubah kawalan danmerosakkan data yang disimpan. Contohnya, serangan fizikal, serangan elektronik dan serangan rangkaian komputer.

Kod Binari
Sistem angka asas dua (Inggeris: Binary numeral system),singkatannya BIN,biasa sebut kod binari je , agak asing bagi sesetengah orang,terutama golongan yang menggunakan teknologi untuk tujuan selain daripada pemograman.Tak payah pening-pening pikir,kod binari ni digunakan untuk mengubah sesuatu data ke dalam kod yang boleh di baca oleh komputer.
Contohnya setiap input yang yang di masukkan akan di terjemahkan ke dalam sistem binari untuk di baca oleh sistem komputer,komputer akan memprosese input di dalam bentuk binari seterusnya menterjemahkan sebagai output.Kod binari hanya mempunyai dua nombor iaitu 0 dan 1.Sebagai contoh perkataan
=01110011 01100001 01111001 01100001 00100000 01110011 01110101 01101011 01100001 00100000 01101011 01100001 01101101 01110101
Sistem Maklumat
Bab 6 : Sistem Maklumat
Objektif Pembelajaran
- Menyatakan definisi data, maklumat dan sistem maklumat
- Menyatakan kegunaan sistem maklumat dalam bidang pendidikan, perniagaan dan pengurusan.
- Menyatakan definisi dan menyenaraikan komponen Sistem Maklumat
Data
- Data adalah fakta asas yang belum diproses dan bermakna
- Data wujud dalam pelbagai bentuk seperti nombor, teks sebagai bit atau bait yang disimpan dalam bentuk memori elektronik.
Maklumat
- Maklumat atau informasi merupakan hasil daripada pemprosesan, pengumpulan dan penganalisan data yang dapat menambah pengetahuan kepada penerima maklumat.
- Secara ringkas, maklumat merupakan konteks apabila data digunakan.
Sistem Maklumat
- Sistem maklumat adalah satu set komponen yang dihubungkan antara satu sama lain untuk penerimaan, pemprosesan, penyebaran dan simpanan data untuk menyokong proses kawalan dan membuat keputusan di dalam organisasi.
- Ia juga sebagai kitaran proses mewujud aau memperolehi maklumat, mengumpulkan maklumat daripada pelbagai bentuk, memproses dan menukar maklumat yang diperoleh dan dikumpulkan dalam bentuk yang diingini.
Kegunaan sistem maklumat
- Perkongsian maklumat
- Peningkatan kecekapan
- Perakaunan
- Laporan kawalan
- Pengurusan
Kelebihan menggunakan sistem maklumat
- penjimatan kos operasi
- menjimatkan masa
- memudahkan pelanggan
- mengurangkan risiko
- menjalankan fungsi pemasaran
- menghasilkan strategi pemasaran yang terbaik
- memproses data transaksi organisasi dengan cekap
- membantu penyelesaian masalah organisasi
Subscribe to:
Posts (Atom)