Wednesday, April 20, 2016

Sistem Maklumat

Bab 6 : Sistem Maklumat
Objektif  Pembelajaran
  • Menyatakan definisi data, maklumat dan sistem maklumat
  • Menyatakan kegunaan sistem maklumat dalam bidang pendidikan, perniagaan dan pengurusan.
  • Menyatakan definisi dan menyenaraikan komponen Sistem Maklumat
Data
  • Data adalah fakta asas yang belum diproses dan bermakna
  • Data wujud dalam pelbagai bentuk seperti nombor, teks sebagai bit atau bait yang disimpan dalam bentuk memori elektronik.
Maklumat
  • Maklumat atau informasi merupakan hasil daripada pemprosesan, pengumpulan dan penganalisan data yang dapat menambah pengetahuan kepada penerima maklumat.
  • Secara ringkas, maklumat merupakan konteks apabila data digunakan.
Sistem Maklumat
  • Sistem maklumat adalah satu set komponen yang dihubungkan antara satu sama lain untuk penerimaan, pemprosesan, penyebaran dan simpanan data untuk menyokong proses kawalan dan membuat keputusan di dalam organisasi.
  • Ia juga sebagai kitaran proses mewujud aau memperolehi maklumat, mengumpulkan maklumat daripada pelbagai bentuk, memproses dan menukar maklumat yang diperoleh dan dikumpulkan dalam bentuk yang diingini.
Kegunaan sistem maklumat
  • Perkongsian maklumat
  • Peningkatan kecekapan
  • Perakaunan
  • Laporan kawalan
  • Pengurusan
Kelebihan menggunakan sistem maklumat
  • penjimatan kos operasi
  • menjimatkan masa
  • memudahkan pelanggan
  • mengurangkan risiko
  • menjalankan fungsi pemasaran
  • menghasilkan strategi pemasaran yang terbaik
  • memproses data transaksi organisasi dengan cekap
  • membantu penyelesaian masalah organisasi

No comments:

Post a Comment